Saturday, May 26, 2012
Post 6: Sedekah
Keterangan:
1) Jangan takut miskin ketika sedekah, jangan takut sedekah ketika miskin.
2) what you give, you get back (more).
3) If you give smile, you get smile. If you give money, you get money.
4) In this world, the meaningful and true happiness comes not from what we get, but from what we give, that is, serving others.
Friday, May 25, 2012
Post 5: Zakat Pendapatan
Keterangan:
1) 3 mazhab mengatakan tidak wujud zakat pendapatan kecuali mazhab Maliki.
2) Malaysia mengambil pendapat mazhab Maliki yang mengatakan wajib zakat pendapatan.
3) sesiapa yang sudah membayar zakat pendapatan, tidak wajib baginya dikenakan cukai pendapatan.
4) lebih baik dikenakan zakat pendapatan sebab harta tersebut akan dapat semula kepada orang Islam.
Wednesday, May 23, 2012
Post 4: Surah Waqi'ah
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Siapa membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
[H.R Baihaqi]
Antara khasiat dan kelebihan Surah Al-Waaqi'ah:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya. * Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah. * Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki. * Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya'. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan. * Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi'ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya' bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya'Allah berhasil. * Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As'Syeikh Abi'l Abbas katanya * Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi'ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya "tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja. * Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi'ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi'ah itu pada setelah fardhu Isya' pada Jumaat berikutnya. * Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi'ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
kredit: hambafaqir (boleh ditemui di youtube)
Tuesday, May 22, 2012
Post 3: Skill Berniaga Nabi s.a.w
Skill Berniaga Rasulullah s.a.w.
1. Keuntungan Sasaran Kedua - Seseorang peniaga Muslim itu sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan. Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga Muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)
2. Berniaga Mengikut Sunnah - Berniaga mengikut sunnah adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai peniaga Muslim. Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.
Ketika baginda berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian, baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut. Ini merupakan satu contoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu kita ikuti ketika hendak berniaga.
“Dari Anas Radiallahuanhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya”.(Riwayat Al-Imam As-Suyuti)
3. Berkata Benar dan Berlaku Jujur - “Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”
4. Terima Pandangan Serta Kritikan - Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti “pil pahit” yang harus ditelan, setiap peniaga Muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar itu dengan sifat ‘pahit sedikit’. Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap. Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.
5. Sasarkan Matlamat Lebih Tinggi - Peniaga Muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama. Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan. Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap. Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain.
6. Bekerjasama Dengan Peniaga Lain - Saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah Muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tetapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang Muslim harus bekerja.
Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim yang terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan perniagaan Muslim sendiri.
7.Jangan Menjual Benda Haram - Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup. Ini merupakan ungkapan yang boleh digunakan untuk menjelaskan tip terakhir ini. Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah s.w.t. dan dimasukkan ke dalam api neraka.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha dia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
kredit: salhazain.com

Monday, May 21, 2012
Post 2: Zakat Pendapatan Tak Tetap
Keterangan:
1) bayi sudah layak dikenakan zakat
2) wajib zakat bukan sebab pendapatan itu tetap atau tidak, tetapi kadar pendapatan tersebut.
Sunday, May 20, 2012
Muqaddimah
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim.
Diwujudkan blog ini bagi mengumpul sebanyak mungkin video tentang harta menurut pandangan Islam yang merangkumi subtopik:
1. kekayaan
2. kemewahan
3. kesederhanaan
4. sedekah
5. zakat
6. dll
Semoga blog ini menjadi sedekah jariah yang membantu saya di kubur nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)